Friday, January 23, 2015

Perjumpaan Kali Pertama Rumah Sukan Sesi Petang

Latihan Rumah Sukan Sesi Petang telah bermula pada 20 Januari hingga 22 Januari lepas dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 9.30 pagi.
Perjumpaan kali pertama ini adalah untuk memilih AJK bagi setiap rumah sukan.



Puan Choong Chooi Keng, Ketua Rumah Jingga sedang memberi taklimat kepada pelajar
 Sesi undian AJK rumah sukan bagi Rumah Biru diketui oleh Puan Wong Yean Ling




Pelajar Rumah Ungu sedang mendengar taklimat dari Puan Toh , Ketua Rumah Ungu 2015 (atas)





Sesi memanaskan badan dan aktiviti regangan diadakan setelah selesai pemilihan AJK

 
Rumah Hijau penuh semangat, kali pertama perjumpaan sudah mengadakan latihan lompat jauh.
Mr Lim Soo Seng selaku Ketua Rumah


 



Kemaskini 28 Januari





Terima kasih kepada semua guru rumah sukan kerana telah menyumbangkan gambar-gambar di atas.


Program Learn A Word A Week


Program ini merupakan cetusan idea Puan Tan Siew Choo, Penolong Kanan Petang untuk memperkaya kosa kata pelajar sesi petang. Program ini diadakan pada setiap hari Rabu dari pukul 1.00 petang hingga 1.20 petang.

Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina Sesi Petang telah bertungkus lumus sejak akhir tahun 2014 menyediakan bahan-bahan untuk menjayakan program ini. Setiap pelajar diwajibkan mempunyai satu buku nota kecil untuk mencatit semua kosa kata yang diberikan dalam 3 bahasa utama iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa cina.




Tayangan Slaid bagi memudahkan pemahaman pelajar



Tiga orang guru bahasa terlibat setiap minggu secara bergilir-gilir.

Wednesday, January 21, 2015

Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan RM100

Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan ini diadakan pada Hari Rabu bermula pukul 11.30 pagi sehingga pukul 12.30 tengahari. Tingkatan yang terlibat adalah tingkatan 1 dan tingkatan peralihan sahaja.
 
Barisan guru kelas yang bersiap sedia bertugas.

                                   

                                  





Ibubapa yang hadir perlu menunjukkan bukti seperti kad pengenaalan atau surat beranak anak untuk mengambil wang RM100. Di samping itu perlu mengisi borang khas yang disediakan oleh Puan Izaida.








 

Pengawas membantu mengemas kerusi dan meja selepas pukul 12.30 tengahari


Cik Quah Pee Tin merupakan 'orang kuat' yang menjayakan majlis ini. 

Puan Maizatul Nur Mahmud, guru kelas terakhir menutup kaunter kerana kehadiran ibubapa yang ramai di samping ibubapa yang hadir mengambil peluang untuk bertanya tentang sikap anak mereka di dalam kelas masing-masing.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kbian Petang memang cemerlang!