Thursday, October 27, 2016

Cuti Deepavali | SAPS | VLE FROG

Image result for Deepavali 

Dimaklumkan bahawa SMK Kepong Baru akan mula bercuti pada 
27 Oktober 2016 sehingga 1 November 2016 sempena perayaan Deepavali.

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI BAGI SEMUA 
WARGA SMKKB YANG MERAYAKANNYA. 

____________________________________


Sepanjang cuti tersebut, pelajar diminta untuk menyiapkan kerja yang telah diberikan oleh guru mata pelajaran di web VLE Frog.


_____________________________________


Lembaran markah telah diedarkan oleh guru kelas pada 27 Oktober 2016 dan pelajar diminta untuk menurunkan tandatangan jika tiada sebarang pembetulan markah. Bagi pelajar yang tidak hadir pada hari tersebut, pelajar boleh menyemak markah masing-masing di SAPS. Urusan pembetulan markah HANYA boleh dilakukan pada minggu pertama November sahaja.   Klik di sini utk semakan SAPS IBUBAPA


Monday, October 24, 2016

Ceramah Kerjaya Kejuruteraan | 25 Oktober 2016



Ceramah Kerjaya Kejuruteraan telah diadakan pada 25 Oktober lepas dari pukul 1.30 petang hingga pukul 3.00 petang melibatkan kelas 2S, 2M, 2K, 2E dan 2B. 

Penceramah yang dijemput adalah Encik Jeffery Lim See Bong dan Encik King Yeong Jin. Encik Jeffery merupakan bekas YDP SMK Kepong Baru manakala Encik King adalah seorang pensyarah yang bertugas di UTAR. 


Encik King 


Encik Jeffrey



 


Terima kasih diucapkan kepada Encik Jeffrey dan Encik King di atas ceramah yang disampaikan. 

Tahniah juga diucapkan kepada pihak kaunselor sesi petang iaitu Puan Maple dan Puan Nadirah di atas penganjuran program ini. 


Baik pulih tingkap sekolah Blok C | 22 Oktober 2016

Projek baik pulih cermin tingkap ini dijalankan pada  pagi Sabtu lepas dan dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sekolah. Guru yang bertanggungjawab iaitu Encik Hasby memaklumkan 12 buah kelas di Blok C telah siap dibaikpulih dan lagi 3 buah kelas akan disiapkan. Encik Jojy Varugehase (wakil PIBG) turut hadir membantu.

Cermin tingkap di kebanyakkan kelas telah pecah dan menyebabkan pelajar terkena tempias ketika hujan lebat. Diharap selepas ini pelajar tidak lagi terkena tempias dan PDP dapat dijalankan tanpa gangguan ketika hujan.








 



Monday, October 17, 2016

Jadual Penempatan Kelas Semasa SPM


Selamat Bersara Encik Leong dan Selamat datang Puan Teoh

Warga sesi petang  mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada Pengetua baru yang mengantikan Encik Leong Kum Leong yang telah bersara pada 5 Oktober yang lalu.






Sila lawati laman web sekolah http://www.smkkepongbaru.edu.my/ untuk lebih bahan mengenai majlis persaraan Mr Leong.




Puan Teoh buat pertama kali memberi ucapan di hadapan pelajar sesi petang pada 13 Oktober 2016. Beliau memaklumkan bahawa beliau pernah berkhidmat di SMK Kepong Baru dan terkejut melihat perubahan fizikal sekolah ini.

Di samping itu Puan Teoh memuji kehadiran pelajar sekolah yang membanggakan di peringkat JPWP dan berharap agar dapat ditingkatkan.