SESI PETANG
PERATURAN PEPERIKSAAN DALAMAN
Sebelum tempoh peperiksaan
- Guru Kelas mesti mengemaskini senarai pelajar di dalam laman web APDM sebelum proses import data pelajar ke laman web SAPS.
- Kertas peperiksaan perlu disemak oleh seorang guru matapelajaran yang bertugas, Ketua Panitia dan Guru Kanan Matapelajaran.
- Tempoh semakan bagi setiap penyemak sekurang-kurangnya TIGA (3) hari. Oleh itu kertas soalan perlu diserahkan selewat-lewatnya SATU (1) minggu sebelum tarikh akhir cetakan.
- Untuk proses semakan kertas peperiksaan, penyedia soalan MESTI menyediakan satu set soalan, satu set kertas jawapan dan satu set Jadual Spesifikasi Ujian.
- Soalan yang disediakan tidak boleh diambil sebulat-bulatnya dari mana-mana buku kerja atau soalan tahun lepas. Format peperiksaan pula mesti berdasarkan format peperiksaan awam (PT3 dan SPM).
- Tarikh akhir hantar kertas soalan untuk cetakan adalah DUA (2) minggu sebelum tarikh peperiksaan bermula.
- Soalan peperiksaan sekolah adalah dianggap sulit. Oleh itu guru TIDAK DIBENARKAN mendedahkan sebarang kandungan soalan kepada pelajar dan pihak lain.
- Guru Penyedia soalan perlu mengisi Borang Kawalan Peperiksaan dan perlu diikat pada bahagian atas kertas peperiksaan mengikut kelas. Tulis di bahagian catatan jika ada kesilapan di dalam kertas soalan. Jika ada kesilapan yang banyak, guru penyedia soalan perlu mencetak lampiran kertas pembetulan tersebut dan perlu diedarkan kepada semua pelajar.
- Semua kertas soalan perlu disusun mengikut bilangan yang diperlukan bagi setiap kelas. borang kawalan peperiksaan, Kertas OMR, graf dan lain-lain perlu dibekalkan secukupnya.
- Guru penyedia soalan perlu memaklumkan kepada rakan guru lain tempat penyimpanan soalan sebagai langkah berjaga-jaga jika guru penyedia tidak hadir. Kertas soalan tidak boleh diedarkan sebagai edisi awal kepada sesiapapun termasuk setiausaha peperiksaan.
Semasa tempoh peperiksaan
- Guru penyedia soalan perlu meletakkan soalan di bilik yang ditetapkan selewat-lewatnya DUA (2) waktu sebelum peperiksaan bermula.
- Guru yang mengambil kertas peperiksaan perlu mengisi Buku Rekod Penerimaan Kertas Soalan dan Jawapan yang disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan. Di dalam kelas, guru pengawas pertama perlu mengisi kehadiran pelajar dalam Borang Kawalan. Nama pelajar yang tidak hadir perlu dicatat.
- Guru yang mengawas peperiksaan tidak dibenarkan sama sekali mengubah masa peperiksaan samada mempercepatkan atau melewatkan masa peperiksaan tanpa kebenaran dari pihak pentadbir.
- Kedudukan pelajar adalah mengikut abjad dalam senarai nama. Guru kelas perlu mengingatkan pelajar kedudukan masing-masing dan guru pengawas pertama perlu memastikan pelajar telah berada dalam susunan abjad.
- Pada waktu tiada peperiksaan dijalankan, guru perlu mengajar seperti biasa dan perlu mengarah pelajar untuk membersihkan kelas terutamanya guru yang mengajar selepas waktu rehat.
- Guru tidak dibenarkan -: Membuat kerja sediri semasa mengawas , duduk membaca sesuatu seperti buku, suratkhabar ataupun telefon dan memeriksa kertas jawapan pelajar.
- Pelajar tidak dibenarkan -:Meminjam alat tulis dari kawan dan membawa masuk sebarang kertas, nota carta atau formula.
- Kotak pensil legap tidak dibenarkan. Hanya boleh menggunakan kotak pensil lutsinar.
- Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa masuk. Jika hujan, beg boleh diletakkan di belakang kelas atau ruang kosong di depan kelas.
- Semasa peperiksaan sedang dijalankan, guru TIDAK DIBENARKAN mengarah pelajar untuk menyapu sampah atau melakukan aktiviti lain yang mengganggu pelajar menjawab peperiksaan.
- Jika ada kes soalan tertutup, guru perlu mengutip semula semua kertas soalan dan kertas jawapan dan diserahkan kepada guru matapelajaran.
- Guru pengawas akhir perlu : a) Mengutip kertas peperiksaan mengikut abjad. Tidak boleh meminta pelajar mengutip atau menghantar sendiri kertas peperiksaan. b) Mengumpul dan mengira semua kertas jawapan yang dihantar oleh murid dengan melengkapkan Borang Kawalan Peperiksaan dan mencatat bilangan kertas yang telah dikutip. Jika ada kes pelajar menumpang di kelas lain, guru perlu mencatatkan nama pelajar terbabit. Guru perlu peka dengan bilangan pelajar di dalam kelas. C) Menghantarkan kertas jawapan ke pejabat dan menurunkan tandatangan dalam Buku Rekod Penerimaan Kertas Soalan dan Jawapan.
- Guru pemeriksa perlu mengutipkan kertas jawapan bagi kelas masing-masing pada hari yang sama peperiksaan diadakan dan menurunkan tandatangan dalam Buku Rekod Penerimaan. Jika guru pemeriksaan tidak hadir, Penolong Kanan Petang akan menyimpan kertas terbabit.
Selepas tempoh peperiksaan
- Guru penyedia soalan perlu menyerahkan DUA (2) set kertas soalan dan kertas jawapan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman untuk diserahkan ke Pusat Sumber dan dijilidkan.
- Perbincangan kertas jawapan dengan pelajar adalah tertakluk kepada kebenaran pentadbir sekiranya ada kes kertas soalan tertutup.
- Guru pemeriksa diberi masa DUA (2) minggu untuk menyemak kertas jawapan pelajar dan memasukkan markah ke dalam Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS). Semakan jawapan pelajar perlu diselaraskan mengikut subjek dan mengikut skema yang telah ditetapkan.
- Guru pemeriksa TIDAK DIBENARKAN sama sekali memberi markah kasihan atau melayan permintaan pelajar untuk mendapatkan markah tambahan.
- Markah 0 diberikan kepada pelajar yang memberi tiru dan meniru dalam peperiksaan setelah perbincangan dengan pihak pentadbir. Guru pemeriksa tidak boleh mengambil tindakan sendiri.
- Guru kelas perlu mencetak lembaran markah kelas terlebih dahulu, meminta pelajar menyemak markah mereka dan menurunkan tandatangan di lembaran markah tersebut. Jika ada perubahan markah, guru kelas perlu berhubung dengan guru matapelajaran untuk pengesahan dan guru matapelajaran perlu membetulkan markah secepat mungkin.
- Guru kelas diberi masa SATU (1) minggu untuk menyerahkan slip keputusan pelajar yang telah dicetak untuk pengesahan Penolong Kanan Petang.
- Slip keputusan pelajar yang telah disahkan perlu dibuat satu salinan dan diserahkan kepada pelajar pada hari terbuka. Slip keputusan yang asal perlu disimpan ke dalam Fail Profail Pelajar oleh guru kelas.
- Markah peperiksaan perlu dicatatkan dalam buku rekod mengajar guru masing-masing.
MAKLUMAN :
PERATURAN-PERATURAN PEPERIKSAAN INI TELAH DISEMAK OLEH PENOLONG KANAN PETANG, PUAN TAN SIEW CHOO.
No comments:
Post a Comment