Monday, November 16, 2015

Gerak gempur meningkatkan penggunaan VLE-Frog dalam PDP 2015


Pihak sekolah telah diarahkan oleh JPWPKL untuk melaksanakan gerak gempur bagi meningkatkan penggunaan VLE-FROG bermula pada 12 November 2015 hingga 31 Disember 2015. 

Oleh itu, semua pelajar SMKKB diminta untuk log in masuk ke akaun VLE FROG semasa cuti sekolah nanti. Pelajar dikehendaki menjawab kuiz dan assignment yang telah disediakan oleh guru mata pelajaran masing-masing. 

Pemantauan dan kerjasama dari pihak ibu bapa amatlah dihargai. Terima kasih. 

Wednesday, November 4, 2015

Hari Terbuka 13 November 2015 | Jadual Lokasi Kelas

Berikut adalah jadual lokasi kelas 
untuk perjumpaan ibu bapa pada

 Hari Terbuka 13 November 2015
Masa : 3.00 petang - 5.30 petang 



Ibubapa akan menerima -:
1. Salinan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2015
2. Salinan keputusan PBS
3. Salinan keputusan PAJSK

4. Fail PBS (Tingkatan 2 sahaja - jika pelajar masih belum terima)




Pelajar yang dicutikan diminta hadir 
 berpakaian seragam sekolah 
bersama ibubapa/ waris  masing-masing.

Pelajar dibenarkan pulang
selepas mengambil keputusan.

Harap maklum. 



Tuesday, November 3, 2015

Pendaftaran pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu Kemasukan 2016

Dengan ini dimaklumkan sesi pendaftaran pelajar Tahun 6
 ke tingkatan peralihan dan tingkatan satu 
Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong Baru
 bagi tahun 2016 adalah seperti di bawah -: 


Tarikh : 16 November 2015 hingga 19 November 2015
Masa   : 12.00 tengahari hingga 4.00 petang
Tempat : Makmal Sains Blok A SMKKB


Dokumen yang perlu dibawa bersama untuk pendaftaran -: 
1. Surat Penempatan
2. Keputusan UPSR (jika ada)

Diharapkan ibubapa dan pelajar datang mengikut
 tempoh dan masa yang telah ditetapkan. 
Terima kasih.

Pemulangan fail PBS Sesi Petang

Fail PBS pelajar Tingkatan 2 akan dipulangkan 
selewat-lewatnya sebelum 20 November 2015. 




Fail PBS pelajar Tingkatan 1 akan dipulangkan pada awal tahun 2016. 




Harap maklum.

Cuti Sempena Perayaan Deepavali



Dengan ini dimaklumkan SMKKB akan bercuti dari
 9 November 2015 (Isnin) hingga 12 November 2015 (Khamis)

Sekolah akan dibuka seperti biasa pada 
13 November 2015 (Jumaat)

Pada 13 November 2015 akan diadakan Hari Terbuka