Monday, November 16, 2015

Gerak gempur meningkatkan penggunaan VLE-Frog dalam PDP 2015


Pihak sekolah telah diarahkan oleh JPWPKL untuk melaksanakan gerak gempur bagi meningkatkan penggunaan VLE-FROG bermula pada 12 November 2015 hingga 31 Disember 2015. 

Oleh itu, semua pelajar SMKKB diminta untuk log in masuk ke akaun VLE FROG semasa cuti sekolah nanti. Pelajar dikehendaki menjawab kuiz dan assignment yang telah disediakan oleh guru mata pelajaran masing-masing. 

Pemantauan dan kerjasama dari pihak ibu bapa amatlah dihargai. Terima kasih. 

No comments:

Post a Comment