Friday, November 18, 2016

Pendaftaran Kemasukan Pelajar tingkatan 1 dan peralihan 2017

Pendaftaran kemasukan pelajar tingkatan 1 dan peralihan telah diadakan pada 15 November hingga 17 November lepas di Makmal Sains 1 dan Sains 2. 

Pendaftaran ini masih lagi diterima sehingga 30 November 2016 di bilik komputer PIBG sekolah dengan bantuan guru ICT yang bertugas iaitu Puan Nuraini dan Cik Fatin Aida. 

Sehingga 18 November 2016, seramai 438 pelajar telah datang untuk urusan pengesahan lapor diri dan tukar sekolah. 

Puan Winnie dan Puan Nuraini bertugas di kaunter pertukaran dan rayuan penempatan

Cik Quah dan Puan Lim memberi taklimat kepada pengawas pada hari pertama pendaftaran

Puan Hemathy dan Cik Haryani bertugas di kaunter pertanyaan dan nombor giliran

Taklimat pengawas pada hari ke-dua oleh Cik Quah

Cik Fatin Aida bertugas di Kaunter C

Puan Soong bertugas di kaunter A

Para pengawas sedang menikmati makan tengahari masing-masing. Terima kasih kepada pihak kantin sekolah yang menaja makanan pengawas pada 17 November




Encik Hasby turut datang mendaftarkan anak sulung beliau

Kaunter C diserbu ibu bapa pada 17 November iatu hari UPSR diumumkan


Terima kasih di atas kerjasama guru, pengawas dan ibu bapa yang hadir. Pendaftaran ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara berbangkit.

No comments:

Post a Comment